Mintak dijauhkan sbg penghuni neraka..Nauzubillah
Wednesday, June 29, 2011
Ustaz Kazim Elias - 4 Perempuan Isi Neraka
Posted by zuEra at 5:44 AM 0 comments
Friday, June 17, 2011
Mawi feat Akhil Hayy- HambaMu
Assalamualaikum wbt
Sekiranya takdir menguji
Cekalkanlah hasrat di hati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus asa
Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui
insyAllah..
Posted by zuEra at 4:54 PM 0 comments
Labels: laGu maMa~
Monday, June 13, 2011
Zivilia Band - Aishiteru
Assalamualaikum wbt
Walaupon bkn sdg becinta,ttp layan gak cinta melody..
cekal mempertahankan cinta kerana cinta yg tulus ikhlas dr hati..
"walau raga kita terpisah jauh
namun hati kita selalu dekat
bila kau rindu pejamkan matamu
dan rasakan a a a aku
kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
terhapus ruang dan waktu
percayakan kesetiaan ini
akan tulus a a ai aishiteru...
layan yuk!
Posted by zuEra at 9:35 PM 0 comments
Labels: laGu maMa~
POKOK
tanya sama pokok...apa sebab goyang...lagu oleh meet uncle hussain & hazama af9
ni lagu org tgh becinte..mcm best,layan je lah
Posted by zuEra at 9:25 PM 0 comments
Labels: laGu maMa~
Jangan Kau Pergi - Reen/Erry Putra/Shajiry
Assalamualaikum wbt
Gara-gara ekstrem cite nora elena,mcm best je lagu ni..pnh ke tgk citer tu??xpnh pn..just suke lagu tema dia..jom layan..
Posted by zuEra at 9:17 PM 0 comments
Labels: laGu maMa~
Bukti Kari ayam madras-yogurt base...MENJADI!
Assalamualikum wbt..
Alhamdulillah ari sabtu lps, percubaan membuat kari berasaskn yogurt menjadi!!
walau x sesedap mana tp rupa ada..ce tgk nih...
en hubby kata sedap..nnt blh try lg..
yogurt ade bebotol besor lg..
seronok mencuba resepi baru nih..
slamat memasak
Posted by zuEra at 1:55 AM 0 comments
Labels: daPur mama...
bbq di hari ahad..
Assalamualaikum wbt
Semlm kami x ke mana2.just dok umh n en hubby menunjukkan kerajinan beliau mengemas rumah.wahh,sy sgt bertuah krn memiliki en suami yg rajin. meng'vacum' & mengemop satle!xsangka, bkn sng nk dpt suami mcm ni..dan yg lg best,time beliau satlekan keje2 smua tu,saye mengadap pesbuk & berchatting dgn niece. di sni bkn nk membuka pekung di dada menunjukkan saya kurang rajin tetapi memberi peluang kpd en suami excercise.sekurang2nyer,stlh satle smua keje, beliau berpeluh2..nah,kan sehat tue..setelah penat mengemas, kami plan nk wat bbq.plan asal nk g umh kak lang n wat bbq kt sane.tp plan cancel coz keje mengemas satle pn dh dekat kol 1..then,saye marinate daging n sotong..wahh,mcm menarik je bbq kami nih..en suami nk bakar dlm umh je(atas dapur gas jer-ade ke patut),saya kata xmau..nk bakar kat luar umh(nk nmpk real kunon)..tp mmg nmpk real pn..jom layan pics...=)
Ni en hubby sdg cucuk daging n sotong kt lidi..
sesi membakar
jom kita posing jap ngan anakanda kite
ok..ready to eat..
ni jer menu kami pd ari ini..simple tp marvelesss..
oo..xcaya marverless..ce tgk ni..licin!
ops,ade menu tambahan..fish cake pn dibakar..blh thn sedap..
sekian lah dlu cerite aktiviti kami..
jumpe lg..
Posted by zuEra at 1:26 AM 0 comments
Labels: daPur mama...
Saturday, June 11, 2011
Kari ayam madras-yogurt base...
Bahan-bahan ( 4 org makan )
9-10 potongan kecil ayam
2 inci halia dan 4 ulas bwg putih di kisar bersama
4 sudu bsr rempah kari madras - 1 sd utk perap ayam, baki, 3 sudu lg utk di tumis semasa masak... (di uk rempah kari ni jenama TRS-gambar perempuan india menggiling rempah guna batu giling )
5 sd besar kicap manis
3 sudu besar yogurt kosong (plain)
utk tumisan: beberapa helai daun kari, 2 keping kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, cengkih, buah tomato 2 biji dibelah 8
1 inci halia dan 2 biji bwg besar dihiris
garam secukup rasa
celery stick (batang saderi-optional) di potong serong, 1 inci lbh kurang
4 sd besar minyak masak utk menumis
2 cawan air kosong
Cara-cara
perapkan ayam dgn halia, bwg putih kisar, kicap manis, yogurt( tairu kosong), selama 2 jam. ini gambar serbuk kari tu...
dlm periuk yg dalam, panaskan minyak masak dan tumis kulit kayu manis, bg lwg, buah pelaga, cengkih, halia dan bwg bsr dihiris, buah tomato & daun kari
kacau hingga naik bau. masuk baki 3 sudu bsr rempah kari madras dan garingkan sedikit
masukkan ayam yg dh diperap td, kacau sebati, masukkan air kosong 2 cawan utk bg ada kuah (kalau nk kuah lebih sikit, boleh tambah air lg)
campurkan sedikit lg kicap manis dan garam secukup rasa dan didihkan sampai ayam masak
masukkan celery stick ( batang saderi) kalau suka la, x ada pun x pe, cuma bau dia akan jadi lebih sedap lagi.
layukan sikit celery, rasa masin manisnya...dah siap...bon appetit!!!!
Posted by zuEra at 2:44 AM 0 comments
Labels: daPur mama...
Thursday, June 9, 2011
Azab meninggalkan shalat sungguh mengerikan..
Dosa Meninggalkan Solat Fardhu :
1. Solat Subuh : satu kali meninggalkan akan dimasukkan ke dalam neraka selama 30 tahun yang sama dengan 60.000 tahun di dunia.
2. Solat Zuhur : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan membunuh 1.000 orang umat islam.
3. Solat Ashar : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan menutup/meruntuhkan ka’bah.
4. Solat Magrib : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan berzina dengan orangtua.
5. Solat Isya : satu kali meninggalkan tidak akan di redhai Allah SWT tinggal di bumi atau di bawah langit serta makan dan minum dari nikmatnya.
6 Siksa di Dunia Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu :
1. Allah SWT mengurangi keberkatan umurnya.
2. Allah SWT akan mempersulit rezekinya.
3. Allah SWT akan menghilangkan tanda/cahaya soleh dari raut wajahnya.
4. Orang yang meninggalkan solat tidak mempunyai tempat di dalam islam.
5. Amal kebaikan yang pernah dilakukannya tidak mendapatkan pahala dari Allah SWT.
6. Allah tidak akan mengabulkan doanya.
3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu Ketika Menghadapi Sakratul Maut :
1. Orang yang meninggalkan solat akan menghadapi sakratul maut dalam keadaan hina.
2. Meninggal dalam keadaan yang sangat lapar.
3. Meninggal dalam keadaan yang sangat haus.
3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu di Dalam Kubur :
1. Allah SWT akan menyempitkan kuburannya sesempit sempitnya.
2. Orang yang meninggalkan solat kuburannya akan sangat gelap.
3. Disiksa sampai hari kiamat tiba.
3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu Ketika Bertemu Allah :
1. Orang yang meninggalkan solat di hari kiamat akan dibelenggu oleh malaikat.
2. Allah SWT tidak akan memandangnya dengan kasih sayang.
3. Allah SWT tidak akan mengampunkan dosa dosanya dan akan di azab sangat pedih di neraka.
Mengenai balasan bagi orang yang meninggalkan Solat Fardu: "Rasulullah SAW, diperlihatkan pada suatu kaum yang membenturkan kepala mereka pada batu, Setiap kali benturan itu menyebabkan kepala pecah, kemudian ia kembali kepada keadaan semula dan mereka tidak terus berhenti melakukannya. Lalu Rasulullah bertanya: "Siapakah ini wahai Jibril"? Jibril menjawab: "Mereka ini orang yang berat kepalanya untuk menunaikan Solat fardhu". (Hadits Riwayat Tabrani, sanad shahih)
Sumber : Dari Buku Himpunan Fadhilah Amal - Maulana Muhammad Zakariyya Al Kandhalawi hal 107
Posted by zuEra at 5:33 PM 0 comments
Labels: d only me lady zuEra..
Cium anak dapat pahala...
Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak. Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama.
Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.
Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata; "Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi."
Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti?"Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu." Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi." Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."
Wallahualam
Posted by zuEra at 4:11 PM 0 comments
Labels: -Hakim mama-
petua menghilangkan batuk pada bayi..
Assalamualaikum wbt,
Anakanda yg dikasihi mengalami batuk berkahak. ya Allah hanya ibu-ibu yg faham betapa riisaunya hati apabila melihat anak-anak tak sihat. mama try search petua ye sayang..semoga Hakim mama cepat sembuh dgn izinNya..amin
-petua menghilangkan batuk berkahak-
Anak yang sihat menjadi idaman setiap ibu bapa. Jika anak anda mengalami batuk berkahak dan selsema, pasti anda tidak dapat tidur lena. Amalkan petua ini. Ramaskan daun kaduk yang dicampur sedikit kapur sirih dan air. Kemudian, lumurkannya di atas dada dan perut bayi anda. InsyaAllah kahak tersebut akan keluar bersama najisnya.
ya Allah sembuhkanlah penyakit batuk berkahak anakku ini..amin
Posted by zuEra at 4:05 PM 0 comments
Labels: -Hakim mama-
Wednesday, June 8, 2011
Hukum menonton wayang..
Soalan:
Saya nak tahu, apakah hukum menonton wayang? Ada orang kata ia HARAM kerana ia merupakan tempat yang bercampur dengan maksiat. Contoh pergi menonton wayang besama isteri filem Cicak Man. Bagaimana pula jika membeli DVD Cetak Rompak, dengan alasan bahawa menonton wayang adalah HARAM. Boleh sahabat al-ahkam huraikan.
Jawapan:
wa’alaikumussalam
Kami akan menjawab soalan zaliasma dengan kada yang termampu, Insyaallah.
Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi pernah ditanyakan mengenai hukum menonton filem di pangung wayang, jawab beliau :
لا شك أن (السينما) وما ماثلها أداة هامة من أدوات التوجيه والترفيه، وشأنها شأن كل أداة فهي إما أن تستعمل في الخير أو تستعمل في الشر، فهي بذاتها لا بأس بها ولا شيء فيها، والحكم في شأنها يكون بحسب ما تؤديه وتقوم به.
وهكذا نرى في السينما: هي حلال طيب، بل قد تستوجب وتطلب إذا توفرت لها الشروط الآتية:
“Tidak syak lagi bahawa panggung wayang merupakan satu alat dari alat-alat pengarahan(directing) dan hiburan(entertainment), maka hal-ehwal (aktiviti) setiap alat ini dilihat samada digunakan untuk kebaikan atau keburukan. Maka ia diterima, dan tidak adalah masalah keatasanya. Maka hukum aktivitnya adalah menurut apa ia ambil dan lakukannya.
Dengan itu kami berpendapat bahawa pangung wayang : adalah halal dan baik, akan tetapi ia memerlukan dan meminta agar syarat yang dinyatakan wujud”
Syarat-syaratnya :-
1. Tajuk dan isinya tidak boleh bertentangan dengan Aqidah Islam, Akhlak dan Syariah. Ia tidak boleh mengandungi unsur seks, mengajak kepada jenayah, ajaran sesat dsbnya.
2. Menonton wayang tidak menghalang seseorang itu dari melakukan perkara wajib, seperti solat 5 waktu. Tidak boleh seseorang itu meninggalkan solat wajib, contohnya Maghrib semata-mata untuk menonton wayang. al-Quran memberi amaran keras kepada sesiapa yang berpaling dari mengingati Allah.
3. Elak dari bergaul diantara lelaki dan perempuan yang ajnabi (orang luar), elak dari fitnah dan juga bersyubhat, lebih-lebih lagi menonton didalam keadaan gelap.
——–
Jika syarat ini dapat dipatuhi, maka menonton wayang tidaklah di larang. Dr Ahmad Syarabasi mengatakan bahawa ia boleh dijadikan untuk memunafaatkan umat keseluruhannya, seperti menegakkan agama dan menunjukkan akhlak yang baik. Ada juga yang menyalah gunakannya yang boleh menggalakkan jenayah, seks, tekanan psikologi, etika dan korupsi sosial didalam masyarakat.
Sekian, wassalam
Posted by zuEra at 10:11 PM 0 comments
Labels: d only me lady zuEra..
Tuesday, June 7, 2011
blk hometown...
Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah cuti papa diluluskan dr 26mei2011 untill 31mei2011.Bkn sng nk suh papa amik cuti.so, cuti panjang ni kami gunakan sebaik mungkin dgn blk ke kedah mlwat mak tok & tok wan.mak tok & tok wan dh lame xjumpe hakim.kami sempat beposing2 depan homestay tok wan. before blk KL tok wan belikan kek ais krim tuk mama sempena birthday mama.kek ais krim woo...sedap tp malangnyer hakim blom blh mkn..hakim just blh tgk dan amik bau jer..kek ader bau ker...??err...jom layan pic...
Posted by zuEra at 9:51 PM 0 comments
Labels: d only me lady zuEra..
kangkung goreng belacan versi mama akiem
salam
arini plan nk msk kangkung goreng belacan.xpnh try sblm ni.hope menjadi.go through d resepi..
Bahan-bahanye
1 ikat kangkung segar
1 tangkai cili merah(nak pedas,bubuh la cili padi ikut citarasa)*
2 ulas bawang merah*
1 ulas bawang putih*
Segenggam ikan bilis/udang kering*
1 sudu makan(atau lebih) belacan*
Garam dan perasa(ajinomoto) secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menumis
Cara-cara
1. Potong kangkung mengikut citarasa,bersihkan dan toskan.Bahan2 yg bertanda * ditumbuk hingga hampir lumat
2. Bila minyak sudah panas,tumis bhn2 yg dah ditumbuk tadi dan kacau hingga naik bau atau sedikit kekuningan..
3. Masukkan garam dan perasa. Kacau jap then masukkan kangkung.
4. Gaul rata dan kacau sehingga masak(jgn terlampau masak,x sedap plak) Bagi yg suka berkuah tu,leh bubuh sedikit air dan bila kuah dah mendidih padamkan api..
5. Hidangkan segera dengan nasi panas.
jom masak..selamat mencuba
Posted by zuEra at 9:28 PM 0 comments
Labels: daPur mama...