Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Thursday, September 16, 2010

Peringatan kepada yg bergelar ISTERI

MUNGKIN ada segelintir wanita yang tidak tahu keinginan lelaki kerana mereka tidak pernah cuba mengambil tahu apa yang sepatutnya diketahui mengenai lelaki.
Renung petua berikut, ia mungkin dapat membantu anda mencari teman hidup atau mengeratkan lagi hubungan sedia ada:

Sentiasa tersenyum apabila berbicara. Cuma jangan keterlaluan kerana nanti si dia fikir anda 'tidak sihat' pula.

Lemah lembut. Sifat ini cukup untuk mencairkan hati lelaki. Tapi awas, lelaki tidak suka wanita yang mengada-ngada atau menunjukkan sikap manja berlebihan.

Jujur pada teman lelaki atau suami. Si dia pasti akan lebih menghargai kerana lelaki sangat suka dengan wanita yang jujur atau tidak menipu.

Penampilan sederhana. Jangan keterlaluan apabila bersolek kerana kebanyakan lelaki sukakan wanita yang mempunyai kecantikan semula jadi. Paling penting, wanita harus tahu kecantikan itu sangat subjektif. Lakukan apa yang dia suka dan elakkan perkara yang tidak digemarinya.

Jangan perasan walaupun anda sememangnya mempunyai paras wajah yang cantik. Kalau ada orang lain yang memuji kecantikan anda, cukup sekadar tersenyum.

Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua situasi terutama apabila berada di khalayak ramai atau pada majlis rasmi. Pasti si dia tersenyum bangga melihat personaliti anda itu.

Jangan bercakap perkara remeh-temeh kepada si dia. Berbual perkara yang penting kerana perkara remeh-temeh yang anda sampaikan itu mungkin hanya membuatkan si dia bosan.Lebih membuatkan si dia menyampah jika anda suka bercerita mengenai perkara yang membabitkan orang lain atau lebih tepat, suka mengumpat.

Matang apabila bersamanya. Lelaki lazimnya tidak gemar wanita yang terlalu keanak-anakan.

Jangan sekali-kali membandingkan si dia dengan rakan lelaki yang lain. Perkara itu hanya akan membuatkannya marah atau lebih teruk, si dia tidak berasa selesa apabila bersama dengan anda.

Jadilah peneman si dia sama ada pada waktu senang atau susah. Wanita sebegini selalunya akan menjadi sumber inspirasi atau kekuatannya apabila berhadapan dengan masalah.

Jadilah pendengar yang setia. Jangan sekali-kali memotong percakapannya apabila si dia sedang bercakap. Lelaki tidak suka wanita yang terlalu banyak bercakap tetapi tidak tahu mendengar apabila orang lain berbicara.

Jangan terlalu suka meminta-minta, merengek atau mendesak. Lelaki tidak gemar wanita terlalu berkuasa dalam sesebuah perhubungan.Jika anda sangat memerlukan sesuatu perkara, mintalah secara baik kerana lelaki selalunya mudah untuk bertolak-ansur dalam pelbagai perkara.

Sentiasa menunjukkan sikap prihatin terhadap teman lelaki atau suami. Apa salahnya sesekali anda menghubunginya untuk mengucapkan selamat pagi.Walaupun nampak kecil, apa yang anda lakukan memberikan impak yang cukup besar terhadap dirinya.

Belajar berdikari dan jangan terlalu bergantung harap pada si dia. Selalunya lelaki tidak suka melakukan perkara yang remeh. Apa salahnya anda pergi ke pasar atau membayar bil seorang diri.

Tunjukkan kepadanya anda mempunyai prinsip hidup yang jelas. Jangan sekali-kali membiarkan lelaki mempermainkan anda.Lelaki selalunya lebih menghormati wanita yang sebegini.

Berterus-terang dengan teman lelaki atau suami. Jangan sekali-kali menyorokkan kebenaran daripada mereka walaupun sesetengah kebenaran itu sememangnya pahit untuk ditelan.

Berikan sedikit kebebasan kepada si dia. Ada kalanya lelaki juga mahu menghabiskan masa mereka bersama teman mereka yang lain.Kalau anda boleh melakukannya, pasti si dia tidak teragak-agak untuk terus bersama anda.

Belajar menghormatinya. Selain dirinya, anda juga perlu bijak menjaga hati ahli keluarga serta teman rapatnya. Jika ahli keluarga serta temannya menyukai anda, itu petanda bahawa perhubungan akan berkekalan sampai bila-bila.

Jangan tunjukkan diri anda seperti individu yang terlalu sempurna. Anda perlu terima hakikat di dalam dunia ini tiada seorang pun yang sempurna.Lelaki juga selalunya suka kepada wanita yang berani mengakui kelemahan dan kesilapan diri. Itu menunjukkan wanita itu sangat realistik dengan apa saja yang dilakukannya.

Belajar memasak. Apa gunanya menjadi seorang wanita sekiranya tidak pandai memasak. Tidak perlu memasak masakan yang terlalu rumit, cukup jika si dia mampu menelan masakan anda.Apa yang penting, anda menunjukkan minat untuk belajar memasak makanan kegemarannya. Pasti si dia berbangga dengan usaha anda itu.

Berpendidikan. Anda tidak semestinya perlu mempunyai segulung ijazah daripada mana-mana universiti. Tetapi tonjolkan sikap individu yang mempunyai etika serta sikap yang menyenangkan apabila bersama si dia.

Paling penting, sentiasa bertindak rasional dan berfikiran positif apabila anda mengalami sebarang masalah. Bagi mereka yang mempunyai pendidikan yang lebih tinggi daripada teman lelaki atau suami, jangan pula menunjuk-nunjuk kerana lelaki sangat gemarkan wanita yang merendah diri dan tahu menghormati orang lain.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...