Wanita yang hamil akan mudah mengalami keletihan dan kekurangan tenaga. Ada juga yang mengalami “morning sickness” yang teruk, malah ada juga yang akan mengidap kencing manis ketika hamil. Ramai bakal ibu yang mengeluh kerana tidak dapat menjalani kehidupan seperti biasa, selain dari berbaring di katil.
Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa makanan sunnah Rasullulah, iaitu BUAH KURMA memang cukup berkhasiat bagi ibu mengandung, malah ia tidak mengandungi gula yang merbahaya. Selain memberikan tenaga, para ibu mengandung akan merasa selesa menjalani kerja-kerja seharian. InsyaAllah, para ibu mengandung juga akan mudah melalui proses bersalin.
Sabda Rasulullah S.A.W.,
“Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”
Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahaya. Ia merupakan makanan Rasulullah S.A.W dan mempunyai banyak khasiatnya. Ibu yang hamil digalakkan memakan buah kurma, bagi memudahkan proses bersalin.
Antara kelebihan dan kebaikan mengamalkan memakan buah kurma:
a) Kaya dengan zat besi – sesuai dimakan oleh wanita yang sedang datang haid dan mereka yang mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah)
b) Tidak mengandungi kolestrol.
c) Kaya dgn protein (1.8 – 2%), serat (2-4%), glukosa (50-57%), Vitamin A dan C, sodium dan potassium.
d) Potasium penting untuk sistem saraf yang boleh merangsang daya ingatan, meningkatkan nafsu kelamin dan meningkatkan sistem pertahanan badan. Berupaya mencegah dari barah payudara dan rahim.
e) Kandungan gulanya mudah diserap badan dan akan memberi tenaga.
f) Boleh diberikan kepada bayi bagi mengurangkan kesakitan.
g) Memudahkan proses bersalin dan pengecutan rahim.
Kurma juga elok dimakan sepanjang tempoh berpantang bagi mempercepatkan proses pengecutan dan menguatkan rahim. Jelas ia bukan sahaja boleh dimakan ketika bulan Ramadhan, tetapi juga boleh dimakan pada bila-bila masa, untuk mengembalikan tenaga. Selamat mencuba!
Tuesday, September 21, 2010
Khasiat buah kurma
Posted by zuEra at 7:38 PM 0 comments
Thursday, September 16, 2010
Pesanan before msk ke LABOUR ROOM
Assalamualaikum..
Ahad ni genap aqil berumur 7 bln dlm perut mama.Mama dh mule rsa gementar nyer di labour room nnt.Watever, mama akan try yg terbaik dgn izinNya dgn batuan papa dan beberapa pekara seperti di bawah:
Peranan PAPA:-
Tenangkanlah kami yang sakit ni, urutlah belakang kami, ucapkanlah kata2 semangat serta kata2 yang menyenangkan. usaplah kepala kami dengan penuh rasa sayang. Kerana ketika ini, hanya suami yang amat2 diperlukan oleh seorang isteri yang berjuang antara hidup dan mati untuk melahirkan zuriat bersama. Dan yang paling penting, ampunkanlah dosa2 kami doakanlah kami dengan penuh keiklasan.. mudah2han...
Doa Yang digalakkan baca dalam labour room adalah doa Nabi Yunus.(papa pon kna hafal nih!)
Bismillahhirohmannirrohim..
Laillahailla anta Subhanakainnikuntum minalzolimin..
insyaAllah..
Dan ketika rasa contraction yang sangat kuat bacalah doa ini.
Usapkan dari atas perut ke bawah sebanyak 3X
Bismillahhirohmannirrohim..
Hunaa waladat maryama wamaryamu waladat U'ssa...
Uhruj aiyuhal mauludu bikudratil malikil mahbud....
(doa ni sy dapat dari makcik yang akan mengurut saya masa pantang nanti. baca masa dah kat labour room, jangan baca time tengah bershopping plk, tak pasal2 karang)
p/s: Selusuh yang paling baik dan berkesan sewaktu menanti detik2 kelahiran adalah.....
kerapkan untuk selalu bersama suami, suami perlu tahu ianya akan membantu sekurang2nya untuk memudahkan isteri bersalin bila sampai waktu.
Semoga Allah permudahkan segalanya.Ameen.
Posted by zuEra at 8:06 PM 0 comments
Peringatan kepada yg bergelar ISTERI
MUNGKIN ada segelintir wanita yang tidak tahu keinginan lelaki kerana mereka tidak pernah cuba mengambil tahu apa yang sepatutnya diketahui mengenai lelaki.
Renung petua berikut, ia mungkin dapat membantu anda mencari teman hidup atau mengeratkan lagi hubungan sedia ada:
Sentiasa tersenyum apabila berbicara. Cuma jangan keterlaluan kerana nanti si dia fikir anda 'tidak sihat' pula.
Lemah lembut. Sifat ini cukup untuk mencairkan hati lelaki. Tapi awas, lelaki tidak suka wanita yang mengada-ngada atau menunjukkan sikap manja berlebihan.
Jujur pada teman lelaki atau suami. Si dia pasti akan lebih menghargai kerana lelaki sangat suka dengan wanita yang jujur atau tidak menipu.
Penampilan sederhana. Jangan keterlaluan apabila bersolek kerana kebanyakan lelaki sukakan wanita yang mempunyai kecantikan semula jadi. Paling penting, wanita harus tahu kecantikan itu sangat subjektif. Lakukan apa yang dia suka dan elakkan perkara yang tidak digemarinya.
Jangan perasan walaupun anda sememangnya mempunyai paras wajah yang cantik. Kalau ada orang lain yang memuji kecantikan anda, cukup sekadar tersenyum.
Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua situasi terutama apabila berada di khalayak ramai atau pada majlis rasmi. Pasti si dia tersenyum bangga melihat personaliti anda itu.
Jangan bercakap perkara remeh-temeh kepada si dia. Berbual perkara yang penting kerana perkara remeh-temeh yang anda sampaikan itu mungkin hanya membuatkan si dia bosan.Lebih membuatkan si dia menyampah jika anda suka bercerita mengenai perkara yang membabitkan orang lain atau lebih tepat, suka mengumpat.
Matang apabila bersamanya. Lelaki lazimnya tidak gemar wanita yang terlalu keanak-anakan.
Jangan sekali-kali membandingkan si dia dengan rakan lelaki yang lain. Perkara itu hanya akan membuatkannya marah atau lebih teruk, si dia tidak berasa selesa apabila bersama dengan anda.
Jadilah peneman si dia sama ada pada waktu senang atau susah. Wanita sebegini selalunya akan menjadi sumber inspirasi atau kekuatannya apabila berhadapan dengan masalah.
Jadilah pendengar yang setia. Jangan sekali-kali memotong percakapannya apabila si dia sedang bercakap. Lelaki tidak suka wanita yang terlalu banyak bercakap tetapi tidak tahu mendengar apabila orang lain berbicara.
Jangan terlalu suka meminta-minta, merengek atau mendesak. Lelaki tidak gemar wanita terlalu berkuasa dalam sesebuah perhubungan.Jika anda sangat memerlukan sesuatu perkara, mintalah secara baik kerana lelaki selalunya mudah untuk bertolak-ansur dalam pelbagai perkara.
Sentiasa menunjukkan sikap prihatin terhadap teman lelaki atau suami. Apa salahnya sesekali anda menghubunginya untuk mengucapkan selamat pagi.Walaupun nampak kecil, apa yang anda lakukan memberikan impak yang cukup besar terhadap dirinya.
Belajar berdikari dan jangan terlalu bergantung harap pada si dia. Selalunya lelaki tidak suka melakukan perkara yang remeh. Apa salahnya anda pergi ke pasar atau membayar bil seorang diri.
Tunjukkan kepadanya anda mempunyai prinsip hidup yang jelas. Jangan sekali-kali membiarkan lelaki mempermainkan anda.Lelaki selalunya lebih menghormati wanita yang sebegini.
Berterus-terang dengan teman lelaki atau suami. Jangan sekali-kali menyorokkan kebenaran daripada mereka walaupun sesetengah kebenaran itu sememangnya pahit untuk ditelan.
Berikan sedikit kebebasan kepada si dia. Ada kalanya lelaki juga mahu menghabiskan masa mereka bersama teman mereka yang lain.Kalau anda boleh melakukannya, pasti si dia tidak teragak-agak untuk terus bersama anda.
Belajar menghormatinya. Selain dirinya, anda juga perlu bijak menjaga hati ahli keluarga serta teman rapatnya. Jika ahli keluarga serta temannya menyukai anda, itu petanda bahawa perhubungan akan berkekalan sampai bila-bila.
Jangan tunjukkan diri anda seperti individu yang terlalu sempurna. Anda perlu terima hakikat di dalam dunia ini tiada seorang pun yang sempurna.Lelaki juga selalunya suka kepada wanita yang berani mengakui kelemahan dan kesilapan diri. Itu menunjukkan wanita itu sangat realistik dengan apa saja yang dilakukannya.
Belajar memasak. Apa gunanya menjadi seorang wanita sekiranya tidak pandai memasak. Tidak perlu memasak masakan yang terlalu rumit, cukup jika si dia mampu menelan masakan anda.Apa yang penting, anda menunjukkan minat untuk belajar memasak makanan kegemarannya. Pasti si dia berbangga dengan usaha anda itu.
Berpendidikan. Anda tidak semestinya perlu mempunyai segulung ijazah daripada mana-mana universiti. Tetapi tonjolkan sikap individu yang mempunyai etika serta sikap yang menyenangkan apabila bersama si dia.
Paling penting, sentiasa bertindak rasional dan berfikiran positif apabila anda mengalami sebarang masalah. Bagi mereka yang mempunyai pendidikan yang lebih tinggi daripada teman lelaki atau suami, jangan pula menunjuk-nunjuk kerana lelaki sangat gemarkan wanita yang merendah diri dan tahu menghormati orang lain.
Posted by zuEra at 6:58 PM 0 comments
Wednesday, August 25, 2010
HOSPITAL CHECK LIST
Kad Lawatan Bulanan (Check Up Card)
Blouse butang depan (3)
Kain batik (3)
Baju cantik untuk dipakai masa balik rumah
Baju sejuk butang depan
Socks (4) + Slippers
Extra panties (6)
Disposable panties (1set)
Blanket kecik Ibu (1) - optional
Nursing Bra (2)
Sanitary Pads (Pureen)
Towel besar + towel kecil
Majalah/Buku
Buku Himpunan Doa
Sejadah / Telekong
Berus Gigi/Ubat Gigi
Jamu
Bengkung Ibu / Barut Baby
Kamera / Video / Bateri kamera
Duit syiling utk telefon(public)
Reload pre-paid
Handphone Charger + 2 pin plug
Address Book
Air Selusuh/Minyak Angin
Bag plastic Baju Kotor
Sudu/Garfu untuk makan
Bekas Tupperware (simpan makanan x abis)
Bath gel / Shampoo / Facial Wash Ibu
Face cream/moisturizer
Hair brush / Clips / Hairband
Air Zam Zam
Buah Kurma / Kismis / Madu
Minyak telon / Minyak Yu Yee Cap Limau
Set baju baby (4)
Baby Diapers (3 helai)
Posted by zuEra at 1:14 AM 0 comments
Untuk Aqil Hakim
Baju Lengan Panjang (6)-
Baju Lengan Pendek (6) -
Singlet Bayi (4) -
Seluar Panjang Berstokin (6) - 1 dh ckup..
Seluar Panjang Tanpa Stokin (4) -
Seluar Pendek (4) -
Selimut Bertopi (1)
Selimut Tanpa Topi (2)
Barut (12)
Kain Lampin (1 set)
Topi Bayi (1) Sarung Kaki (Booties) (5 pasang) Sarung Tangan (Mittens) (5 pasang)
Bib / Lapik dada (2) - x perlu kot..
Stokin Lawa Untuk Jalan2 (2) - hold dlu..
Kasut Baby (1)
Tuala Muka / Lap / Sapu Tangan (10)
Tuala Mandi Bayi (2)
Lapik Plastik Untuk Menukar Baju/Diapers
(Plastic Changing Mat) (1)
Minyak Telon (1)
Drapolene Untuk Ruam Lampin (2)
Vaseline(Petroleum Jelly) Untuk Ruam Lampin (1)
Thermometer (1) – Optional
Minyak Limau Cap Yu Yee (1)
Syringe beri ubat boleh mintak kat klinik
Minyak Kembung/Sapu Urat Untuk Ibu
Vicks Vapour Rub 21st Century Perisa Strawberry
Zambuk untuk gigitan nyamuk, gatal2
Puting Botol Susu
Size S – 0 – 3 bulan
Size M – 3 – 6 bulan
Size L – 6 – 12 bulan
Size XL – 12 bulan ke atas
Puting X – 6 bulan ke atas (tak tumpah)
Posted by zuEra at 1:02 AM 0 comments
Wednesday, August 4, 2010
Pemakanan Dari Bayi
Ada perlbagai makanan yang dimakan oleh anak-anak orang Melayu yang bila saya mahu belikan untuk anak saya sebagai mempelbagaikan jenis hadiah habis hafazan setiap hari, setelah dibelek, tiada langsung tanda HALAL. Maka, jangan kita ingat kalau orang Melayu pegang, bermakna ianya HALAL. Maka, kita sendirilah yang kena periksa kehalalannya. Makanan yang terjamin HALAL adalah wajib untuk penghafaz quran. Jika seorang hafiz tidak boleh menghafal surah baru pada hari itu, dia akan berfikir tentang makanan yang di makan semalam atau sebelumnya jika ia menjadi faktor. Mereka rajin melakukan solat taubat dan solat sunat lain supaya tiada halangan dosa untuk menghafal surah baru. Maka kita boleh simpulkan bahawa sumber makanan serta kehalalan makanan tersebut adalah sangat penting untuk penjagaan otak. Makanan yang tidak halal menggelapkan hati dan menumpulkan daya ingatan.
Kali ini saya ingin berkongsi resepi saya pada sesiapa yang berminat. Ia sebenarnya khusus untuk ibubapa yang percaya akan makanan yang baik boleh membentuk minda anak kita yang baik. Apa yang diperlukan untuk resepi ini ada 9 perkara:
1) Kacang Badam (Almond)
Ia terkenal kerana kandungan minyaknya. Ia juga makanan yang diwajibkan untuk para hufaz dari negeri Timur Tengah. Saya juga diberitahu, orang Yahudi membiasakan anak mereka meminum susu badam suam pada setiap hari.
2) Kismis
Bahan ni memang orang kita dah kenal kebaikkannya hingga mereka boleh gelar kismis Minda.
3) Minyak Ikan
Saya guna jenama Pristin kerana kandungan Omega 3 - DHA dan EPAnya yang paling tinggi di pasaran Malaysia iaitu 5 kali ganda dibanding dengan yg rendah. Saya rasa semua ibu2 tahu akan kegunaan minyak ikan dalam membentuk otak bayi sebelum bayi lahir lagi.
4) Kurma
Ia satu buah yang tercatat dalam sejarah dimana Saidatina Maryam 'Alaihissalam ketika mahu melahirkan Nabi Isa 'Alaihissalam dirakam di dalam Al Quran;
'Dan gegarlah kearahmu batang pohon kurma itu, supaya gugur kepadamu buah kurma yang masak, maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merungsingkan. Al Quran (17) Surah Maryam (Ayat 25-26)
5) Madu
Madu kaya dengan fruktosa iaitu gula ringkas yang boleh diserap terus ke dalam darah untuk memberi tenaga segera. Para penyelidik menggelar madu sebagai agen untuk mencerdaskan otak. Sabda Rasulullah s.a.w. Barangsiapa yang menjilat Madu sebanyak tiga kali pagi setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar (penyakit yang berbahaya) (Riwayat Ibnu Majah)
6) Habbatus Sauda
Sabda Rasulullah s.a.w. "Tetaplah kamu dengan habbatus sauda kerana padanya adalah penawar segala jenis penyakit melainkan as Sam. Para sahabat bertanya "Ya Rasulullah, apakah itu as Sam..? Jawab Rasulullah s.a.w "As Sam itu adalah mati.."
7) Buah Tin
Allah berfirman "Demi buah Tiin dan Buah Zaitun, Demi Gunung Sinai dan Negeri (Makkah) yang dijadikan aman.." Al Quran (95) Surah At Tiin (Ayat 1).
Sabda Rasulullah s.a.w.
Makanlah kamu semua darinya (Buah Tin), sekiranya aku katakan sesungguhnya buah yang turun dari syurga maka aku kata 'inilah buahnya'. Ini kerana buah syurga tiada keraguan. Sesungguhnya ia boleh menyembuhkan penyakit buasir dan mendatangkan manfaat bagi sendi-sendi" Hadis riwayat Abu Daud, Abu Darda, Suyuti
8) Ekstrak Daun Zaitun Olive Oleo
Melancarkan penghantaran nutrien-nutrien dari bahan bahan diatas ke dalam darah dan seterusnya ke otak. Ia juga adalah anti bakteria, anti fungus dan anti virus. Resepi ini tidak memasukkan sebarang bahan awet selain dari ekstrak daun zaitun ini.
Pohon Zaitun adalah pohon yang diberkati seperti sabda Rasulullah s.a.w. "gunakan sari zaitun sebagai lauk pauk dan minyak, sesungguhnya ia berasal dari pohon yang diberkati' Riwayat at Tarmizi dan Ibnu Majah"
9) Air Surah Taha
Air biasa yang dibacakan AlFatihah (1 kali) dan Surah Taha, Ayat 1 - 23, 11 kali. Ia adalah makanan rohani yang akan melembutkan hati kanak-kanak degil dan melancarkan pemikiran mereka. Ia adalah doa Nabi Musa untuk memohon kebijaksanaan.
Lihat urat2 pada kacang badam.. ia mirip kepada rupa urat-urat otak kita. Saya pernah terbaca (lupa dimana), Ini adalah kejadian Allah untuk memberitahu kita kegunaannya pada manusia.
Badam, Kismis, Kurma dan Buah Tin di blender halus.
Tips : Habbatus Sauda dan Buah Tin di masukkan sedikit sahaja kerana jika terbanyak, ia akan menyebabkan 'funny taste'...tak sedap. Sukatannya, agak-agak saje. Boleh buat ikut suka tangan kita..
Posted by zuEra at 1:46 AM 0 comments
Monday, August 2, 2010
Tip berpuasa utk ibu hamil..
Dah mula puasa, bagaimana ya keadaan ibu2 di luar sana?
Ramai yang berkongsi dengan saya kebimbagan susu akan kering dan menjadi sedikit di bulan puasa ini. Ya, ini pun memang jadi kebimbangan saya juga.
Walau bagaimanapun, puasa sebenarnya tidak memberi kesan negatif pada penyusuan. Malah terdapat teori yang mengatakan dengan berpuasa, air susu akan menjadi lebih banyak/tidak berkurang kerana kurangnya kita kehilangan air badan melaui kencing, jadi air dalam badan akan dibekalkan kepada kilang susu.
Sebenarnya, seorang ibu menyusu tetap boleh menyusukan seperti biasa, selagi dia tidak mengalami dehidrasi. Kerana itu, amatlah disarankan ibu menyusu dan mengandung agar mengambil air yang cukup pada sebelah malam (dan waktu sahur) untuk memastikan keperluan cecair badan dipenuhi, dan menggantikan air yang sudah hilang semasa berpuasa.
Amat penting untuk menjaga dan mengawal dehidrasi daripada berlaku. Tanda-tanda berlakunya dehidrasi yang teruk:-
Berasa hendak pitam terutama selepas mengepam dan menyusukan bayi.
Berasa sakit kepala dan seperti hendak demam.
Air kencing menjadi pekat dan berbau kuat.
Terasa loya dan ingin muntah.
Rasa menggigil.
Berasa lemah dan sakit otot.
Mudah marah dan emosi yang tidak stabil.
Bagi ibu mengandung pula, selain di atas:
Pergerakan bayi yang tidak normal.
Berlakunya kontraksi.
Untuk mengelakkan dehidrasi yang teruk, amatlah penting untuk kita mengambil makanan/minuman yang mengandungi jumlah cecair yang banyak. Bagi ibu menyusu dan mengandung, sekurang-kurangnya 2liter air sehari diperlukan bagi menjaga keseimbangan bendalir badan.
Antara langkah untuk mengelakkan dehidrasi:-
Banyakkan pengambilan cecair.
Makan buah-buahan, bubur, sup dan makanan yang berkuah dan mengandungi air.
Kurangkan mengambil terlalu banyak gula dan garam kerana ia boleh menarik keluar air dari sel.
Mengambil vitamin C.
Berehat secukupnya.
Mengambil minuman Isotonic seperti Performance Drink.
Kenapa saya mencadangkan Performance Drink selain minuman isotonik lain? Kerana ia mengandungi kuantiti gula yang rendah berbanding minuman isotonik di pasaran, dan tidak berkarbonat.
Walau bagaimanapun, seorang ibu yang menyusu atau mengandung mesti sedar akan keistimewaan yang diberikan oleh Yang Maha Esa dalam menjalani ibadah puasa, yakni rukhsah atau keringanan sekiranya menghadapi kesulitan. Bukanlah satu benda yang baik untuk meneruskan puasa hingga menjejaskan kesihatan terutama anak yang disusui dan dikandung, kerana ‘hadiah’ dari-Nya sudah disediakan, dan anak itu lebih diutamakan haknya.
Antara petua dan tips lain bagi ibu menyusu di bulan puasa:
Banyakkan memakan kurma dan makanan penambah susu seperti sayuran hijau, oat, dan sebagainya.
Jangan skip sahur (lagipun sahur tu sunat).
Banyakkan sesi penyusuan dan mengepam, terutama di waktu malam dan waktu sahur.
Banyakkan bertenang.
Mengambil supplement seperti vitamin B complex.
Cuba makan dan minum sedikit-sedikit dan kerap pada waktu malam (takut bloated pula bila sekaligus).
Bawa sebotol air semasa jemaah terawikh dan minum sedikit antara rakaat2.
Banyakkan berdoa dan berfikiran positif.
Jangan berasa gusar atau bersalah bila terpaksa berbuka (dengan sebab2 yang kukuh, bukan sengaja berbuka dengan menjadikan alasan mengandung/menyusu) kerana kemuliaan seorang ibu yang diberi oleh-Nya, hak anak lebih diutamakan. Tidak ada faedah kalau ibu tega untuk berpuasa, sedangkan anak kehausan dan kelaparan. Walau bagaimanapun, lakukan semuanya untuk mendapat keredhaan Allah semata-mata, bukan untuk nampak mulia di mata manusia.
Selamat berpuasa dan berbahagia bersama anak tercinta!
Posted by zuEra at 6:03 PM 0 comments