Make Love Letters at WiddlyTinks.com
Thursday, July 22, 2010
Peringatan buat isteri
Sempurnanya ALLAH mengatur perjalanan hidup manusia, dikurniakannya nikmat dan rahmat yang berterusan pada kita dalam setiap tahap kehidupan. Namun bersama dengan setiap anugerah ALLAH itu, datang ujian dan tanggungjawab yang berat. Salah satu anugerah ALLAH yang sangat berharga dalam kehidupan manusia ialah kurniaan suami dan pernikahan.
Suami adalah manusia biasa, bukan malaikat, juga berjuang dengan fitrahnya yang sentiasa ingin mencari kebaikan dan kebenaran. Dengan fikiran dan perasaannya yang unik sebagai lelaki, yang semestinya berbeza dari minda dan jiwa seorang perempuan, seorang suami yang mengenal hakikat kehidupan akan berusaha memberi yang terbaik kepada perempuan yang sangat dekat dalam hidupnya, yang bernama isteri.
Dengan kelebihan fizikalnya, suami menjadi pelindung dan peneguh kepada isteri yang juga berjuang mencari kebaikan dan kebenaran. Dengan kekuatan ilmu dan iman, seorang suami mampu menjadi pembimbing, penasihat dan teman terbaik pada isteri. Seorang suami juga bertanggungjawab mengetuai perancangan dan aturan masa depan keluarganya dengan membuat keputusan – keputusan penting untuk kebahagiaan dan keberkesanan keluarga yang dibina, tentunya ini dengan bantuan isteri yang menjadi pendorong utamanya.
Namun realiti waktu kini memaparkan sukarnya mencari lelaki yang mampu menjadi teman terbaik. Umpama mencari sebutir permata di kawasan pasir putih yang saujana mata memandang. Saudara muslimah di sana sini ada yang sering bersedih kerana keadaan suaminya yang nampak macho dan gagah, namun kurang rajin dan tidak produktif dengan tanggunggjawab kerja di luar rumah, juga tidak membantu kepenatan isteri mengurus rumahtangga. Jika pun tidak membantu kerja-kerja rumah, bantulah menghibur emosi isteri dengan pujian dan penghargaan. Jua kata-kata cinta yang menenangkan.
Kerap juga didengari, suami yang diharapkan berkongsi ilmu, sering tersasar dengan perbuatan yang tidak bermanfaat, yang mengundang duka di jiwa isteri. Suami yang diharapkan berkongsi kekuatan iman, rupanya sering lalai menunaikan solat dan tidak berminat mendalami agama, sedangkan jiwa isteri memutik rasa untuk mendalami agama Allah dan RasulNya. Isteri jua makan hati dengan akhlak suami yang kasar dan tidak melayani isteri dengan cara yang sepatutnya.
Tika ini, di waktu hati seorang isteri berasa tawar dan berpasir menghadapi kekurangan suami, di manakah kekuatan kita untuk meletakkan suami sebagai teman terbaik? Teman yang menjadi wasilah meraih syurga...?
Wahai saudara muslimahku, ayuh saya peringatkan diri ini dan kalian, tidak akan sekali-kali diri kita sebagai isteri mampu mengecap kebahagiaan sebenar berteman suami seandainya ALLAH dan Rasul tidak menjadi panduan terbaik. Andainya Al Quran dan As-Sunnah jauh dan bukan kecintaan kita, kegembiraan bersuami terasa hambar dan sebentar cuma.
Ayuh kita memhusabah dan memperbaiki diri, andai diri ini berkeperibadian seorang isteri yang baik, pasti kita juga ada ruang untuk mengaurakan kekuatan untuk suami menjadi suami yang terbaik, dengan izin ALLAH pastinya.
“ Saya tak biasa, saya sibuk dan tak ada masa untuk membaca dan mentadabbur Al Quran..”
“ Saya tidak ada kitab-kitab hadis, saya bukan ustazah nak baca hadis, saya tak mampu beli buku-buku agama..”
"Saya tak 'alim, saya bukan orang yang baik-baik macam isteri si fulan,.."
Wahai diriku dan saudaraku, kita memperuntukkan masa untuk berhias, membelek wajah dan tubuh, mengemas rumah, memasak, membersihkan diri dan anak-anak, maka peruntukkanlah masa juga untuk menghidupkan iman di hati dengan tilawah dan tadabbur [merenung] ayat-ayat Al Quran, dan masa untuk menikmati manisnya hidangan Islam melalui hadis-hadisnya.
Dalam kesibukan bekerja dan mengurus rumahtangga, peruntukkanlah masa untuk belajar dan terus belajar tentang agama ALLAH yang memberi makna pada kehidupan sementara kita di dunia. Kita akan serabut melalui kehidupan dengan ilmu yang sedikit, kita menzalimi diri jika tidak berniat untuk menjadi isteri yang berilmu.
Carilah jua masa, ruang dan kesempatan untuk kita belajar menghias diri dengan akhlak mulia dan personaliti yang mampu memberi sumber kekuatan pada suami.
Kita merasa lelah berusaha melayan suami dengan terbaik, menjadi teman bersembang, melayan makan minum, menghibur di kamar, menjaga zuriat dan rumahtangganya, namun kebahagiaan kudus tidak hadir sama sekali..?
Kerana kita sedang menukar kebahagiaan pernikahan dengan kesedihan berpanjangan, bilamana ALLAH dan Rasul masih tidak menjadi cinta, matlamat dan rujukan utama hidup ini.
Bila telah mengenal ALLAH dan Rasul, redha menjalani syariatNya, bermujadah mentaatiNya, ketika itulah hati seorang isteri mampu menjadikan suaminya teman terbaik.
Nurani seorang muslimah yang ikhlas kerana ALLAH dan mengenal ALLAH sebagai harapan dan cita-cita utamanya, akan mampu mencintai dan mentaati suaminya dalam keadaan berat dan ringan, dalam keadaan suka dan duka.
Seorang isteri beriman sangat lapang dan berbesar hati berdamping dengan suaminya, dalam apa jua ujian dan cabaran berumahtangga. Dia menjadi cermin utama yang membantu suami memperbaiki diri menjadi lebih baik.Dia mendorong kebaikan suami, maka suami terus istiqamah memimpin diri dan keluarga ke jalan ALLAH. Dia menjadi pakaian yang melindungi kekurangan dan kesilapan suami, hingga suami yakin dan opitimis menjalani liku kehidupan yang semakin menggugat.
Dengan ilmu dan keimanannya, seorang isteri menjadi peneguh hati seorang suami. Dia bukan sekadar menghargai suami dalam diam, namun membuatkan suami benar-benar terasa dihargai dan difahami. Isteri yang bijak akan meraikan perbezaan suami sebagai seorang lelaki dan memahami karakter sendiri sebagai perempuan hingga apa jua pertimbangan berkaitan rumahtangga tidak semberono mengikut tindakan jua perasaan yang melulu.
Isteri menjadi teman terbaik tatkala dia berilmu untuk memimpin rumahtangga dan anak-anak dan dia juga bersedia membantu kepimpinan suami. Dia menjadi penasihat dan pengkritik yang berhikmah. Dia memberi idea yang bernas dan matang. Dan sesungguhnya kematangan yang sebenar adalah kematangan yang bersumber ilmu, iman dan ketaqwaan.
Bila suami menjadi teman yang terbaik, suami itulah yang mendapat tempat utama dalam doa, perhatian dan tumpuan isteri yang sejati. Kerana isteri mampu melihat syurga dalam setiap ketaatan dan khidmatnya pada suami.
Tidak mudah untuk saya mengungkap semua ini, lebih payah untuk saya dan kalian merealitikan. Segalanya ini bukan mudah, perlu mujahadah yang luar biasa namun insyaALLAH suami adalah teman terbaik, andai mampu menjadikan ALLAH rujukan awal yang terbaik. Segala-galanya kerana ALLAH.
Posted by zuEra at 8:30 PM 0 comments
Thursday, April 29, 2010
50 pesanan untuk suami
1.Sentiasa berdoa agar disayangi.
2.Sentiasa lakukan ibadah bersama
3.Bila balik rumah, tegur dan sentuh isteri sebelum buat kerja lain.
4.Tunjukkan keperihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan isteri sepanjang hari.
5.Berlatih untuk mendengar dengan baik.
6.Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah isteri. Apa yang lebih penting adalah simpati.
7.Berikan masa sekurang-kurangnya 30 minit perhatian yang “berkualiti” terhadap isteri.
8.Belikan bunga atau seumpamanya sebagai hadiah atau untuk memujuk.
9.Tolong masak atau ajak makan diluar sekali-sekala.
10.Beri pujian mengenai penampilan isteri -- rambut, wajah, pakaian dll.
11.Pujuk bila isteri marah atau kecil hati.
12.Beri bantuan atau kerjasama setakat yang mampu.
13.Luangkan masa yang lebih agar tidak mendesak isteri untuk lebih cepat bergerak atau bertindak.
14.Bila lambat pulang, beritahu lebih awal atau telefon rumah.
15.Bila isteri minta bantuan, nyatakan “boleh” atau “tidak boleh” dengan tidak mengungkit atau banyak komen.
16.Jika perlu menjauhkan diri sekali-sekala, beritahu bila anda akan pulang. Beritahu yang anda perlu bersendirian untuk berfikir.
17.Bila sudah sejuk, beritahu isteri apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan menyalahkan isteri.
18.Bila isteri bercakap, beri perhatian sepenuhnya, letakkan surat khabar atau tutup televisyen.
19.Bila keluar, tanya isteri kalau ada sesuatu yang ingin dipesan.
20.Peluk isteri dengan penuh kasih sayang empat kali sehari.
21.Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, memberitahu sesuatu yang menarik atau sekadar ingin memberitahu “I love you”.
22.Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurang dua kali sehari.
23.Tolong kemaskan katil dan bilik tidur.
24.Tolong terbalikkan stokin atau seumpamanya untuk memudahkan isteri mencuci.
25.Tolong buang sampah tanpa disuruh.
26.Bila keluar out-station, telefon isteri untuk memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu yang kita sudah selamat sampai.
27.Sentiasa kemas, kacak dan wangi sebelum tidur bersama.
28.Sokong pendapat isteri kalau beliau bertentangan pendapat dengan oranglain.
29.Peluk dan belai isteri sekali-sekala tanpa implikasi seksual.
30.Sabar dan tenang bila mendengar cerita dan masaalah isteri.
31.Jangan tukar-tukar saluran televisyen bila menonton bersama isteri.
32.Pamerkan kasih sayang bila dikhalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkan jauh bila berjalan.
33.Buatkan air minuman atau seumpamanya untuk isteri sekali-sekala.
34.Bila makan di luar, jangan harapkan isteri memilih tempat makan setiap masa.
35.Sabar bila isteri terlambat sedikit atau tiba-tiba ingin menukar baju yang dipakai atau menukar rancangan.
36.Beri perhatian yang lebih pada isteri dari orang lain semasa dikhalayak ramai.
37.Lebihkan isteri dari anak-anak.
38.Belikan hadiah-hadiah kecil dari semasa ke semasa—minyak wangi, jamu atau seumpamanya.
39.Beri respond yang positive bila mendengar isteri bercerita.
40.Bila isteri kurang sihat, beri perhatian yang sewajarnya.Manjakan isteri sepertimana mereka memanjakan kita.
41.Belai isteri sebelum pergi kerja.
42.Cuba ketawa bila isteri buat lawak atau bercerita sesuatu yang melucukan.
43.Ucapkan terima kasih diatas setiap khidmat yang isteri berikan.
44.Cari masa untuk berdua-duaan sekali-sekala.
45.Lakukan riadhah bersama isteri.
46.Pergi berkelah / picnic sekali-sekala bersama-sama isteri dan anak-anak.
47.Tolong cuci atau jemur pakaian sekali-sekala.
48.Cuba berikan / tunaikan apa yang isteri hajati.
49.Nyatakan yang anda merinduinya bila berjauhan.
50.Bawa pulang ole-ole / kuih kegemaran isteri sekali-sekala.
Posted by zuEra at 8:00 PM 0 comments
Friday, April 23, 2010
Adab memotong kuku
Salam..
Rasanya dah beberapa kali terbaca tentang adab memotong kuku. Namun, diri yang jahil ini sukar mengamalkannya.So, mari kita baca dan perlu diingat sampai bila2~
Urutan memotong kuku jari tangan adalah :
dari mulai jari telunjuk kanan,tengah kanan,jari manis kanan,jari kelingking kanan,jari kelingking kiri,jari manis kiri,jari tengah kiri,jari telunjuk kiri,ibu jari kiri,dan yg terakhir adalah ibu jari kanan.
Urutan memotong kuku jari jari kaki ialah, dari kelingking kanan terus sampai kelingking kiri. (imam nawawi)*jangan sekali kali memotong kuku dengan gigi. ,sunnah memotong kuku,kuku yang panjang adalah tempat syaitan bersembunyi(bukhari,muslim)*Rasulullah sallallahu alaihi wasallam,memotong kumis dan kukunya rutin setiap hari kamis dan jumat, barang siapa memotong kukunya pada hari jumat,maka Allah akan menolongnya dari bala bencana dan musibah hingga jumat depannya(tirmidzi)* ingat yang wajib seperti shalat jangan di lalaikan.
InsyAllah, sama2 kita ikuti pesanan ini..
Posted by zuEra at 1:28 AM 0 comments
Wednesday, April 21, 2010
For the rest of my life
I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you
I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you
I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you
I know that deep in my heart
Posted by zuEra at 8:55 PM 0 comments
Just to remember..
Zuera,
Lets begin.Explore your mind, discover yourself, then give the best that is in you to your age and to your world. Failure does not count. If you accept this, you'll be successful. What causes most people to fail is that after one failure? It's because they'll stop trying.
Wake up Zuera!!!
Move Up Zuera!!!
God blessing me..Amin
Posted by zuEra at 8:42 PM 0 comments
Tuesday, April 20, 2010
Ku juga ingin menjadi bidadari..
salam..
Selepas membaca entry di blog ummuhusna, hati ini terasa sangat bersalah kepada suami tersayang.Apakah mampukah diri ini menjadi bidadari di syurga untuk suami tercinta?Kalo malam tadi, suaraku agak kasar ketika suami sedang ingin membantu mengubati luka ku.Apa aku tidak sedar lagi keprihatinan seorang suami, setelah penat bekerja, malamnya pula melayan kerenahku. Maaf bi, hny x sengaja..hny akan cuba perbaiki sikap hny spy menjadi seorang isteri yang solehah disisi bi.Hny impikan status itu tetapi sampai detik ini, hny sedar hny blom mampu memilikinya. Hny harap bi dpt bantu hny dlm memperbetulkan segala kesalahan dan kekasaran hny melayan bi.Ampunkan hny bi.Hny ingin menjadi bidadari utk bi di syurga kelak, insyAllah...amin
Posted by zuEra at 7:30 PM 0 comments